
Tolong berhenti berangan anda dapat buat rumah dengan harga 70-90 sekaki skrg!!!
Baca sampai habis artikel dibawah supaya anda tak ditipu!!
Ramai antara kita mengimpikan rumah idaman yang cantik dan mengikut citarasa sendiri
Antara kebaikan jika anda bina rumah sendiri berbanding dengan membeli rumah taman yang disiapkan oleh pemaju adalah anda akan mendapat saiz rumah yang lebih besar, rumah yang mempunyai laman yang luas dengan harga yang lebih murah
Namu begitu, untuk membina rumah diatas tanah sendiri beberapa perkara yang anda perlu ambil kira dan pelajari.
Kami senaraikan 7 tips berguna untuk anda ambil kira jika ingin membina rumah diatas tanah sendiri.
1. Status Tanah
Sebelum membina rumah di atas sesebuah tanah, pastikan anda mengetahui apakah status tanah tersebut.Terdapat 3 jenis tanah yang ada dalam pasaran:
- Tanah Bangunan – Tanah yang sesuai dibangunkan kediaman
- Tanah Pertanian – Tanah yang hanya boleh digunakan untuk tujuan pertanian sahaja
- Tanah Komersial – Tanah untuk tujuan Komersial
Manakala, terdapat 2 jenis geran yang berbeza apabila membuat pembelian tanah:
- Geran Individu – Hak milik perseorangan
- Geran Kongsi – Berkongsi Tanah lebih dari satu nama
Anda juga perlu semak status pegangan hak milik pada tanah tersebut. Di sini, terdapat dua jenis pegangan:
- Freehold (Pegangan Bebas) – Tanah yang sepenuhnya dipegang oleh pemilik
- Leasehold (Pajakan) – Pemulangan tanah ke kerajaan selepas tempoh tertentu
- Sistem jalan raya, sistem perpaipan dan longkang dll perlukan lengkap dikawasan tersebut
- Tanah jenis rata dan bukan dikawasan lereng bukit. Akan ada kos yang agak tinggi membabitkan kerja kerja tanah jika anda membeli tanah berbukit atau lereng bukit.
- Tanah berbentuk segi empat sama atau segiempat tepat.
Bagi mengelakkan proses pembinaan rumah anda bercelaru dari segi design dan spesifikasi pembinaan, anda wajib melantik arkitek bertauliah untuk membuat pelan pembinaan rumah anda.
Pelan pembinaan terdiri dari beberapa pelan yang membantu tukang membina rumah anda mengikut spesifikasi yang betul
- Lakaran design rumah
- Pelan lantai
- Pelan pembinaan/pelan tukang
- Pelan M&E ( Electrical & Mechanical)
3.Membuat Spesifikasi Rumah
Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti sesebuah rumah. Sebelum melantik kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu membuatnya, anda boleh berbincang dengan kontraktor. Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak berpuashati semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah anda.
Contoh Spesifikasi :-
- Atap – atap genting
- Besi – mengikut spesifikasi pelan rumah (ikut spec JKR)
- Pintu – pintu utama kayu Kayu Solid (atau setara)
- Mangkuk tandas berharga RM250
- Cat – jenis Kansai atau Jotun
- Bumbung – besi atau kayu (harga berbeza)
- Siling – siling kapur untuk semua ruang dalaman, veranda dan parking kecuali siling tandas
- Mozek – disemua ruang rumah, saiz mozek biasanya 2’X2′ untuk ruang keluarga dan ruang tamu, bilik tidur saiz 1’X1′ bergantung perbincangan dengan kontraktor.
- Sinki dlm tandas harga sekitar RM100++. Sinki dapur 3 lubang harga sekitar RM250++
- Longkang – jenis glace (berkilat)
- Letrik – Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian jenis 3-phase.
Piping – Paip, shower adalah jenis chrome
4. Lantik Kontraktor Bertauliah
- Pastikan kontraktor anda berlesen ( Kelas lesen dari G1-G7) yang dikeluarkan oleh CIDB.
- Berpengalaman luas dalam pembinaan rumah dan kejuruteraan sivil.
- Rate harga pembinaan semenanjung Malaysia bagi tahun 2024 adalah bergantung keluasan rumah
- Harga yang ideal normally RM150/kaki persegi hingga RM250/kakipersegi bergantung design serta spesifikasi rumah. Jika ada yang menawarkan harga yang terlalu murah, bermakna spesifikasi standard pembinaan tidak akan dapat dipenuhi dengan harga barang sekarang.
- Dapatkan sebut harga lengkap bertulis dan perjanjian pembinaan. Selalunya kontraktor berdaftar akan akan mengeluarkan sebut harga bertulis dengan letterhead syarikat yang mengandungi secara lengkap spesifikasi pembinaan rumah, harga dan terma bayaran.
Bila melibatkan pembayaran wang kepada kontraktor sila pilih yang terma bayarannya jelas dan tidak mengelirukan. Terma bayaran seharusnya lengkap ditulis dalam sebut harga atau perjanjian pembinaan.
- Bayaran mestilah secara berkala 3-5 kali bergantung kepada progress kerja kontraktor tersebut
- Dokumen seperti sebut harga, perjanjian, invoice, resit bayaran dan bukti pembayaran perlu disimpan didalam file supaya senang rujukan kemudian.
- Bahan binaan
- Spesifikasi rumah
- Kemahiran pekerja (workmanship)
- Sikap kontraktor/pemaju
- Pengawasan – samaada dari kontraktor atau anda sendiri
7. Penyerahan kunci
Sebelum penyerahan kunci dibuat, sila pastikan kontraktor siapkan semua bahagian rumah anda . Sekiranya ada perkara-perkara yang anda tidak berpuashati, berbincang secara profesional dengan kontraktor anda. Selepas semuanya telah selesai, bolehlah anda menerima kunci rumah anda dengan sempurna.
P/S: Berminat nak bina rumah atas tanah sendiri, nak bina homestay, resort atau kolam renang dengan kontraktor berdafatar CIDB G3, boleh tekan logo dibawah.