NAK KOLAM TAHAN 20 TAHUN TAPI BUDGET 1K!!!
Mustahil tuan puan………
.
Ramai yang pm admin Adwaa Global Resources tanya nak buat kolam dengan budget yang kecil & ramai antaranya kami tolak job hanya kerana budget owner yang tak masuk akal.
.
Sebelum buat kolam renang admin detailskan beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Set dalam minda anda, skrg kita berbicara tentang kolam BERSISTEM PENUH JENIS FIBER DAN CONCRETE FINISHING TILES, bukan kolam ikan, kolam canvas, atau kolam intex
.
1. JENIS KOLAM RENANG
– Selalunya 2 jenis kolam renang yang popular di Malaysia ni. Pertama kolam renang fiber dan kedua kolam renang konkrit. (kedua duanya kami ada kepakaran membinanya)
– Kolam renang fiber relatifnya lebih jimat berbanding kolam konkrit.
– LARANGAN KERAS jika kolam renang dibuat hanya dengan ikat bata tanpa ada konkrit atau besi. Hati hati jika ada kontraktor/tukang buat cara macam ni. Dijamin 3 bulan kemudian anda pening kepala.
.
.
2. KOS PEMBINAAN KOLAM RENANG
– Sila setkan dalam minda anda kos pembinaan kolam renang bersistem adalah PULUH RIBU dan RATUS RIBU bergantung saiz. Jangan pula ada yang bagitahu nak kolam konkrit budget 1k (pernah berlaku). Kos korek tapak pun lebih 1k cheq ooii.
– Bahan binaan kolam konkrit sama dengan bahan bahan yang digunakan untuk buat rumah, pasir, batu, kayu, konkrit, tiles dsb. (boleh tak anda renovate atau buat rumah dengan budget 1k?)
– Untuk kolam fiber pula cara pembuatan kolam fiber sama dengan cara buat bot fiber (pernah jumpa bot fiber harga 1k?)
– Setiap kontraktor/tukang menggunakan cara, dan bahan pembinaan yang berbeza dan tentunya kos pembinaan juga berbeza dan ketahanan juga berbeza beza (ada murah ada mahal)
– Jika ada pihak yang tawarkan kolam dengan harga yang tak masuk akal murah sila curiga atau tanya berapa lama jaminan kebocoran/crack/leaking yang diberikan ( jaminan bertulis ya)
.
.
3. SISTEM KOLAM
– Sistem kolam ada banyak jenis, tapi yang popular dan less maintanance dan banyak digunapakai di Malaysia hanyalah skimmer system dan overflow system
– Sistem kolam perlukan kepakaran dalam pengiraan keupayaan sistem yang tepat dengan kapasiti air dalam kolam
– Kesilapan dalam sistem installation, piping dsb yang membabitkan sistem akan mengakibatkan air kolam keruh, cepat berbau & kolam cepat kotor dengan sampah terapung dipermukaan.
.
.
4. PEMILIHAN KONTRAKTOR
-Last sekali pilih kontraktor/tukang yang mahir dalam pembinaan kolam. Kepakaran membina kolam renang adalah berbeza dengan kepakaran membina bangunan. Jangan tersalah pilih & merana kemudian hari sudah.
.
Nak bina kolam bersistem lengkap dengan warranty bertulis 2 atau 7 tahun? sila klik butang wasap dibawah
.
P/S: Nak repair kolam, pasang sistem kolam, order tiles kolam, InsyaAllah kami boleh bantu
.
#adwaaglobalresources #adwaaglobal #kolamrenang #WeBuildYourDream #binakolam
4 Responses
Kolam fibre 20ft x 10ft x 4ft =48K itu boleh nego lagi ke less lagi
whatsapp 01155808464
Kolam fiber 20×10 siap piping Dan pump berapa
wasap 01155808464